Demam Polis Evo

Hah..ni mesti menjadi kegilaan ramai sekarang ni kan ?

Aku tau mesti ramai yang ulang alik pergi tengok cerita ni kan. Maklum ler cerita sedap. Aku pun dah pergi tengok dengan family aku cerita ni. Miss Kecik belanja. Mueheheh...

Cerita dia memang menarik. Dengan segala dialog yang dilontarkan yang buat orang duk gelak je dalam panggung wayang tu. Bayangkan dah lebih 2 minggu cerita tu ditayangkan dan panggung masih penuh !!

Respek dengan lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Watak Allahyarham Harun Salim Bachik pun tak mengecewakan. Selamba je muka arwah. Memang pro pada tahap masing-masing.

Komedinya bukan pada kelakuan watak semata-mata tapi pada ayat yang dilontarkan. Aksinya memang menarik. Bagi aku hampir 80% babak aksi dan memang tak akan rasa bosan. Cuma kalau dapat dikekalkan sinematografi dan permainan kamera seperti babak intro. Pasti cerita ni akan mempunyai sinematografi  macam filem Raid Redemption. 

Sam memang pelakon professional dengan pelbagai watak dan sebagai BangKhai (dialog Zizan), dia memang ohsemm !

Zizan memang tak dinafikan. Tengok muka pun dah rasa nak gelak tapi dalam cerita ni, dia agak follow the rules punya orang. Dah macam anggota polis betul pun ada gayanya.

Pada sesiapa yang tak tengok lagi. Aku sarankan korang pergilah tengok kat panggung. Tak rugi pun tengok. Bantu industri kita. Berbaloi duit poket yang keluar untuk tengok cerita tu. Tak hairanlah ramai yang pergi tengok sampai 3-4 kali cerita tu.

Watak penjahat pulak, aku suka watak Jimbo. Memang ganah boh !! 

Pape pun, ini adalah satu cerita yang menarik dan harus dipertimbangkan untuk ditonton

p/s: aku bukan peminat filem-filem melayu terkini tapi aku tetap akan tengok dan cerita yang betul-betul bagus akan aku sarankan pada orang.

Jom Lawat Blog Projek

Okeilah...

Aku rasa macam dah lama tak update blog. Ini semua disebabkan aku busy dengan kerja2 sekolah..eh..kerja2 universiti...hurmm..cam pelik pulak.

Hahahahaha..!!

Kat sini sebenarnya nak ajak korang lawat blog projek aku untuk satu subjek neh. Subjek Media Social. Kitorang kena buat 1 blog projek untuk dapatkan markah. Disebabkan benda ni kerja berkumpulan seramai 4 orang, maka macam-macam bendalah yang ada dalam tu..

errr...yang rajin update pun classmate yang perempuan...Mariam namanya..heheheh...

Kalau Papa N punya ada ler 2 3 kerat...hohoho XD

Okeih..boleh bukak blog DIYs neh...belek-belek ler apa yang patut.

Untuk blog yang sedia ada ni..nanti aku akan update episod baru...

SEBULAN SUDAH

Alhamdulillah...
Rawatan yang dijalankan mulai menampakkan kesannya denhan izin ALLAH. Genap sebulan dah sebenarnya sejak aku mula kena Bells Palsy ni. Cukup je 10 hari aku makan ubat yang dibekalkan doktor, aku kembali ke klinik dengan muka yang takde langsung tanda-tanda nak pulih.
Sakit gout aku iye tak datang langsung sepanjang tempoh aku makan steroid tu. Incredible betul. Tapi bila aku berhenti je makan ubat tu. Terus mc sebab sakit gout tu datang menyerang. Hampeh sungguh.
Sekarang aku buat rawatan fisioterapi di klinik yang sama. Terdiri daripada rawatan infra red dan juga kejutan elektrik di muka yang lumpuh. Aku tertanya-tanya mengapa doktor tidak merujuk terus kes aku ke fisioterapi dan aku terus bertanyakan kepada pakar fisio tentang apa yang aku ragui tu pada kali kedua rawatan.

SETAHUN BERLALU

Alhamdulillah...

Genap setahun.

Setahun yang lepas, bersamaan tarikh hari ini telah lahir seorang budak yang comel. Masih aku ingat bagaimana keadaannya aku masa tu menunggu sorang-sorang dalam bilik menunggu. Menantikan kelahiran anak kedua aku.

Gelisah. Itu je yang aku rasa masa tu. Sebab sepanjang 9 bulan dia duduk dalam perut ibu dia, tak pernah sikit pun dia nak tunjukkan jantina dia ke. Keadaan diri dia ke. Bukan main dia sembunyikan diri. Apa yang nampak hanyalah kepalanya menurut doktor. Err..kepala tau...tempat yang ada otak tu..bukan kepala lain..

Okei..sambung balik.

Sepanjang tempoh tu, Miss Kecik kena pergi buat BSP ke apa tah namanya. Dia kena cek darah 2 minggu sekali. Kena puasa 2 jam sebelum cek darah. Sehari 4 kali. Sangat menyusahkan sebab kerja tempat lain, tinggal tempat lain tapi itulah dugaan kan? Siapa kita nak bantah. Itu kesannya bila disyaki ada kencing manis. Jadi kenalah ikut prosedur yang ditetapkan.

Kelahiran anak kedua aku dipercepatkan dua minggu dari tarikh asal disebabkan doktor suspek anak aku melintang. Jadi lepas semua tu, ditetapkanlah 2 Julai 2014 tarikh pembedahan. Disebabkan itu jugaklah semua perancangan asal berubah. Mak aku tak dapat datang sebab banyak tempahan jahitan. Mak mertua aku tak dapat datang sebab tak dapat cuti.

Mujur aku ada pengalaman dengan anak pertama dulu. Tapi kegelisahan aku tu tetap tak hilang. Suka betul dia aku gelisah.

Dengan sabar aku menunggu. Godek telefon. Tengok skrin tv yang tulis perkembangan semasa pesakit. Bila nampak nama Miss Kecik tertera sebagai sedang menjalani pembedahan, makin teruk kegelisahan aku. Terus aku pergi tandas amik wuduk. Biar reda sikit rasa gelisah tu.

Walaupun anak kedua, rasa dia tetap sama macam ko nak sambut anak pertama ko. Tanyalah mana-mana bapak sekalipun. Mesti diorang akan iyekan apa yang aku tulis ni.

Jadi bila misi panggil suami bla bla bla..aku terus pergi ke bilik yang disediakan untuk tengok anak yang baru lahir. Masa tengok untuk kali pertama tu. Terdetik di hati aku yang anak aku ni perempuan. Dengan bibir mungil dia. Kecik sikit dari abangnya masa lahir. Muka isteri aku.

Misi pun tanya dah tau ke jantina anak. Aku kata tak tau sebab tak dapat tengok masa scan. Bila misi bukak je kain yang balut baby, nampakler pewaris aku yang kedua ni sama jantina dengan aku dan abangnya.

Aku tak kisah pun apa jantinanya. Yang penting semuanya selamat. Terus aku amik dan azankan. Lepas tu misi tu bagitau aku satu berita. Muka misi tu macam simpati. Aku ingat apalah beritanya tu.

Rupanya dia nak bagitau yang anak aku penghidap sindrom CTEV. Mungkin dia risau aku tak gembira bila tengok kaki anak aku cacat.

Perasaan aku masa tu? Terus terang aku kata, aku takde rasa apa-apa pun. Takde rasa sedih, takde rasa kecewa atau rasa malu. Aku rasa benda tu biasa. Nurse tu pun bagitau yang itu memang jadi masa duk dalam rahim dan boleh pulih dengan ikut rawatan yang ditetapkan.

Muka comel dia da cukup untuk tutup kesedihan aku yang tak sempat aku rasa sebab terlalu gembira. Mungkin ye dia cacat. Tapi kecacatannya hanya sementara. Buktinya sekarang kaki dia semakin pulih.

Ramai kawan-kawan, para sahabat, sanak saudara yang menitipkan kata-kata semangat dan menunjukkan rasa simpati. Aku sangat hargai apa yang diorang lakukan. Walaupun aku tak pernah easa sedih dengan apa yang berlaku. Miss Kecik juga begitu. Sependapat dengan aku. Tiada apa yang perlu disedihkan.

Mungkin juga bila memikirkan masa depan dia, ada rasa simpati timbul memandangkan kita sendiri tahu bagaimana prejudisnya sikap manusia boleh jadi terhadap orang-orang istimewa ni.

Sedangkan aku yang tak cacat tapi sebab gemuk ni pun dihina diejek. Apatah lagi dengan orang-orang yang dianggap kurang sempurna di mata manusia.

Apa pun..Selamat Hari Lahir yang pertama untuk anak papa. Papa sayang adik dan abang yin. Papa harap adik jadi manusia berguna untuk agama, negara dan bangsa. Adik cekal dan tabah. Adik tak putus asa dengan mudah. Adik tetap berusaha bangun walau banyak kali terjatuh. Papa harap adik dapat kekalkan sehingga ke besar perangai adik tu. Kerana itu ciri-ciri orang berjaya.

BELL'S PALSY: ADA APA DENGANNYA?

Nampak macam gempak tak tajuk tu? Ada macam tajuk filem tak? hehe

Okei..hari ni aku nak sentuh pasal Bell's Palsy. Apa ke benda Bell's Palsy ni? Loceng ke? Loceng sape?

Bukan..Bell's Palsy bukan sejenis loceng. Tapi sejenis penyakit yang akan mengakibatkan muka ko lumpuh sebelah. Boleh kata herot lah dekat sesetengah orang.

Tapi kenapa aku buat cerita pasal Bell's Palsy ni? 

Sebab aku salah seorang yang dihinggap penyakit ni. Tanggal 1 Jun 2015, bermula detik segala-galanya.

Okei..sebelum terus membaca. Aku nak tanya. Korang ada tak tanda-tanda sakit kepala macam migrain. Sebelah kepala je. Paling sakit dekat sebelah belakang. Kemudian ada tak sakit telinga? Macam berdengung. Macam baru lepas kena sepak ke tempeleng laju-laju ke. Ada? Okei. Lidah korang ada rasa kebas-kebas tak? Makanan rasa elok tak atau kurang deria rasa tu?

Kalau jawapan semuanya ya. Tutup komputer ke..tablet ke..atau smartfon korang sekarang dan terus menuju ke klinik. Mintak doktor jalankan ujian pasal Bell's Palsy. 

Tapi itulah..doktor takkan dapat kesan benda tu awal selagi muka korang tak lumpuh. Macam aku ni..semua tanda-tanda tu jadi kat aku dalam 2 hari macam tu sebelum aku diserang penyakit ni.

Tapi takpe. Bagitau je yang korang ada tanda-tanda Bell's Palsy tu. Pencegahan awal lebih baik dan mungkin akan memendekkan tempoh korang daripada merana lama dengan muka yang herot.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal penyakit ni. Bolehlah guna khidmat google neh atau baca kat sini.

Kat link aku bagi tu agak lengkap penerangan dia dalam bahasa melayu yang mudah difahami.

Sekarang aku tengah cuba macam-macam rawatan. Kalau pergi klinik. Doktor akan bekalkan ko dengan steroid untuk ko makan selama 10 hari. Sekarang ni pun aku tengah duk urut-urut muka ni hah. Buat senaman muka untuk ransang muka tu. Ikut nasihat kawan-kawan yang ada pengalaman dengan penyakit ni. 

Harap-harap cepatlah sembuh. Pesanan aku pada sesiapa yang kena penyakit ni. Jangan stress.


p/s: jangan ditangisi apa yang berlaku sebaliknya berlapang dada kerana ini tandanya ALLAH masih sayangkan kita dan tidak mahu kita tersasar jauh dalam apa pun yang kita lakukan. Anggap sahaja ianya teguran kecil daripada YANG MAHA ESA untuk kita hamba-hambanya. 

MAKANMAKAN

Peluang balik ke Johor cuti panjang barubaru ni memang berbaloi. Mewah dengan makanan...hehehe.

Cuti Hari Pekerja yang jatuh pada hari Jumaat dan Hari Wesak yang jatuh pada hari Ahad dan dibawa ke hari Isnin memang memuaskan hati. Itu pun rasa tak cukup. Rasa macam nak duduk lamalama lagi kat sana.

Aku ni ada habit buruk sikit sebenarnya. Aku tak suka bagitau orang tua kalau nak balik. Atau pun kalau bagitau, aku takkan bagitau pukul berapa aku gerak dari rumah. Surprise ler kononnya. Tapi takpe..sebab aku ada kunci rumah mak aku...hohoho.

So malam Khamis tu aku gerak balik Johor. Kenapa malam? Opkos ler sebab nak kemaskemas rumah. Basuh baju kerja semua dulu...err..itu semua Miss Kecik yang buat. Aku jaga anakanak je...hehehe

Tapi disebabkan lama tak memandu malam dan kepenatan plus aku dah biasa tido awal sejak ada si kecik tuh. Maka pemanduan aku terkandas di RnR Ayer Keroh selama 4 jam. Mata dah rabak. Kerajaan duk buat kempen berehat kalau penat kan..jadi aku sahut jer ler seruan tu..muehehe..

PART 5

Azman menyeka air matanya yang berlinangan di pipi. Perutnya berbunyi-bunyi semenjak pagi tadi namun belum ada secubit makanan pun yang memasuki perutnya hari itu. Jalil di sebelah bersungguh-sungguh memujuk Azman supaya tidak berterusan menangis. Bimbang sekiranya mereka berdua dipukul lagi oleh Hakim.

Semuanya berpunca apabila Azman yang kelaparan terus sahaja menuju ke dapur dan membuka peti ais dengan kuat menyebabkan botol berisi kicap terjatuh dan pecah berderai. Hakim yang ketika itu sedang mandi, tidak perasan akan hal berkenaan. Namun Ramlah yang kebetulan sedang menyidai kain di belakang rumah terdengar bunyi kaca pecah dan bergegas masuk ke dalam rumah untuk melihatkan apa yang berlaku.

Melihatkan Azman sedang mengelap kicap yang tumpah dengan sebelah tangan memegang botol yang pecah menyebabkan dia mulai naik hantu. Dicapainya penyapu lidi di belakang pintu belakang berkenaan dan menuju ke arah Azman yang sedang leka mengelap kicap berkenaan. Semakin dilap, semakin besar kesan kicap berkenaan menyebabkan keadaan di situ menjadi kotor.

Zaaapp..!! Zzaap..!! Dua libasan penyapu lidi berkenaan hinggap di belakang badan Azman dan kepalanya menyebabkan dia terus menjerit kesakitan. Botol kicap yang pecah di tangannya terlepas dan jatuh berderai di kaki Ramlah.

Keadaan itu menyebabkan Ramlah menyinga dan menambah lagi beberapa libasan di badan Azman. Jeritan kesakitan Azman itu didengari oleh Jalil dan Hakim. Jalil terlebih dahulu berlari ke arah dapur dan melihatkan adiknya sedang dilibas oleh Mama barunya, dia terus sahaja memeluk adiknya rapat ke badannya. 

Sambil menangis kesakitan, dia menjerit-jerit meminta Mamanya berhenti memukul adiknya. Azman semakin kuat menangis kesakitan ditambah pula apabila tangannya turut terluka apabila terkena kaca botol tadi.

Hakim yang tiba di muka pintu dapur tercengang melihatkan Ramlah yang melibas anak-anaknya. Terus sahaja dia menyentap penyapu lidi berkenaan daripada tangan Ramlah.

"Kau buat apa ni Ramlah? Kenapa kau pukul budak-budak ni?" Separuh kuat suara Hakim memohon penjelasan. Dia hanya melihat sahaja anak-anaknya berpelukan.

"You tanyalah anak you tu apa dia buat? You tengok kaki I ni. Berdarah dah tau tak. Dahlah tu. Dia lap kicap ni dengan kain lap yang I baru je bukak dari plastik semalam untuk buat lap tangan. Banyak lagi kain buruk dekat rumah ni. kain tu jugak dia guna." Ramlah menagih simpati daripada Hakim. Dia tahu Hakim tidak akan memarahi dia.

Pang!!

Popular posts